Friday 2 May 2014

Nama-Nama Syurga

Muslimin yang semasa hidup di dunia ini rajin beribadah kepada Allah, istiqamah bertakwa dan sentiasa beramal soleh dengan niat semata-mata ingin beroleh reda Allah, kelak mereka akan kembali ke tempat yang baik di negeri akhirat iaitu syurga. Perkara ini ditegaskan al-Quran, "Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat dari-Nya, keredaan dan syurga, mereka memperoleh kesenangan yang kekal di dalamnya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." [At-Taubah: 21]

NAMA-NAMA SYURGA:-

  • SYURGA FIRDAUS - "Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh bagi mereka adalah Syurga Firdaus menjadi tempat tinggal." [Al-Kahfi: 107]. Juga firman-Nya, "Dan orang yang memelihara solat: Mereka itu ialah orang yang akan mewarisi iaitu yang bakal mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya." [Al-Mu'minun: 9-11]
  • SYURGA ADN - "Syurga Adn yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya mereka kekal dan itulah merupakan balasan bagi orang yang dalam keadaan bersih semasa hidup di dunianya daripada berbagai-bagai dosa." [Thaha: 76]. Juga firman-Nya, "Syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka." [Shaad: 50]
  • SYURGA NA'IM - "Orang beriman dan mengerjakan amal soleh ada di dalam syurga yang penuh kenikmatan." [Al Hajj: 56]. Juga firman-Nya, "Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bagi mereka bakal mendapat syurga yang penuh kenikmatan." [Lukman: 8]
  • SYURGA MA'WA - "Orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh bagi mereka mendapat syurga-syurga tempat kediaman,merupakan pahala pada apa yang telah mereka kerjakan." [Sajadah: 19]. Juga fieman-Nya,"Maka sesungguhnya Syurga Ma'wa lah tempat tinggalnya." [An-Nazi'at: 41]
  • SYURGA DAARUS SALAAM - "Dan Allah menyeru manusia ke Daarus Salaam (syurga) dan memimpin orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus." [Yunus: 25]. Juga firman-Nya, "Bagi mereka disediakan Daarus Salaam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal soleh yang selalu mereka kerjakan." [Al-An'am: 127]
  • SYURGA DAAR AL-MUQAAMAH - "Dan berkatalah mereka, segala puji bagi Allah yang telah menghapus rasa duka cita dari kami. SesungguhnyaTuhan kami adalah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri yang memberi tempat kami di dalam tempat yang kekal (syurga) dan kurnia-Nya." [Faathir: 34-35]
  • SYURGA MAQAM AL-AMIIN - "Sesungguhnya orang yang bertawakal tinggal di dalam tempat yang aman (syurga)." [Ad Dukhan: 51]
  • SYURGA KULDI - "Katakanlah. Apa balasan yang seperti itu baik atau syurga kekal yang telah dijanjikan kepada orang yang bertakwa sebagai balasan dan kediaman kembali mereka." [Al-Furqan: 15]

Dipetik : STOP NERAKA, Misbah Em Majidy ..

Pelbagai Jenis Pintu Syurga

Ibnu Abbas meriwayatkan, "Syurga mempunyai lapan pintu yang dibuat daripada emas yang dihiasi dengan jauhar (mutiara) :-

  • PINTU PERTAMA - Tertulis kalimat La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah iaitu pintu bagi para nabi dan rasul Allah, para syuhada dan orang yang murah hati (dermawan). 
  • PINTU KEDUA - Pintu bagi orang yang emndirikan solat, orang yang menyempurnakan wuduknya dan orang yang menyempurnakan rukun-rukun solatnya. 
  • PINTU KETIGA - Pintu bagi orang yang memberikan (membayar) zakatnya dengan senang hati dan ikhlas.
  • PINTU KEEMPAT - Pintu bagi orang yang mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran.
  • PINTU KELIMA - Pintu bagi orang yang dapat memelihara syahwatnya dan mencegah daripada nafsu yang buruk. 
  • PINTU KEENAM - Pintu bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah.
  • PINTU KETUJUH - Pintu bagi orang yang berjihad (di jalan Allah).
  • PINTU KELAPAN - Pintu bagi orang yang bertakwa iaitu orang yang memejamkan matanya daripada perbuatan dan sesuatu yang haram, orang yang melakukan kebaikan antaranya berbuat baik kepada ibu bapa, mempereratkan tali persaudaraan (silaturahim) dan kebaikan lain."

Dipetik : STOP NERAKA, Misbah Em Majidy ..